Diet Terrapene carolina carolina

Tabiat pemakanan kura-kura ini bergantung kepada citarasa individunya, cuaca, pencahayaan dan persekitaran.Tidak seperti haiwan berdarah panas, metabolisme mereka tidak mempengaruhi selera; sebaliknya mereka mengurangkan aktiviti fizikal dengan memasukkan seluruh anggota badan ke dalam cangkerang, berhenti makan sehingga keadaan pulih sediakala.

Kura-kura liar lebih cenderung bersifat maserba. Makanan mereka terdiri daripada pelbagai jenis seperti cacing tanah, siput, lintah, larvae, kumbang, beluncas, rumput, buah gugur, beri, cendawan, bunga, rumpai, dan udang kecil. Kajian oleh Jug Bay Wetlands Sanctuary di Maryland menunjukkan kura-kura ini juga makan burung-burung yang terperangkap pada jaring. Namun, biasanya mereka akan memilih makanan yang dilihat menarik, seperti burger atau telur, walaupun kadangkala makanan tersebut tidak sihat pada mereka.[4] Kura-kura ini dikatakan makan makanan beracun seperti kulat menjadikan masyarakat asli tidak menyukai daging mereka. Terdapat teori yang menyatakan kura-kura muda bersifat maging berbanding dewasa. Walau bagaimanapun, tiada bukti kukuh yang menyokong kenyataan ini.

Rujukan

WikiPedia: Terrapene carolina carolina http://www.bio.davidson.edu/people/midorcas/resear... http://herpcenter.ipfw.edu/index.htm?http://herpce... http://boxturtlesite.info/diet.html http://www.chelonia.org/articles/TerrapenecareSZ.h... http://www.cnah.org/pdf_files/851.pdf //doi.org/10.1656%2F045.021.0406 //doi.org/10.1674%2F0003-0031-165.1.137 //doi.org/10.2305%2FIUCN.UK.2011-1.RLTS.T21641A930... http://fossilworks.org/bridge.pl?a=taxonInfo&taxon... http://www.iucnredlist.org/details/21641/0